Oleh Biro Kebajikan Pelajar MUDA
KUALA LUMPUR , Malaysia--Kami, Parti MUDA, membangkang sekeras-kerasnya sikap seorang pensyarah yang telah tular di laman media sosial, Twitter baru-baru ini. Tindakan pensyarah tersebut dilihat amat tidak bertimbang rasa dan kurang empati.
Perbuatan menghina pelajar B40 kerana situasi kewangan yang tidak membolehkan mereka untuk mempunyai akses berkualiti kepada pendidikan itu sangatlah kurang prihatin terutamanya apabila kata-kata tersebut dilontarkan oleh pensyarah sendiri.
Kami menggesa pihak UiTM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pensyarah tersebut.
Pentadbiran UiTM seharusnya melakukan penilaian yang sangat menyeluruh dan teliti dengan mengambil kira pencapaian, maklum balas dari para pelajar serta sikap tenaga pengajar semasa mengajar.
Kurangnya empati dan simpati dalam kalangan tenaga pengajar juga boleh menyumbang kepada faktor-faktor dalaman seperti gangguan kesihatan mental dan hilang keyakinan untuk meneruskan pengajian.
Pihak UiTM juga harus memastikan tiada tindakan susulan yang akan diambil terhadap graduan yang telah menularkan video tersebut di media sosial atau mana-mana pelajar lain yang akan mengemukakan aduan sedemikian pada masa akan datang atas sebab untuk menjaga nama baik universiti.
Kami dari Parti MUDA mendukung penuh hak kebebasan bersuara tanpa mengira taraf ekonomi, bangsa, agama dan pangkat.
Kami juga menggesa pentadbiran UiTM untuk mengenalpasti pelajar-pelajar kurang berkemampuan dan memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir terutamanya sewaktu pembelajaran diadakan secara hybrid atau dalam talian.
Ini juga selaras dengan matlamat utama penubuhan UiTM, iaitu untuk membantu golongan Bumiputera berpendapatan rendah.
Pihak pentadbiran universiti lain juga haruslah peka dan tidak memandang enteng isu diskriminasi pelajar oleh pensyarah agar kesaksamaan pendidikan yang berkualiti dapat dicapai.
Hot news
Hentikan Diskriminasi Terhadap Pelajar Kurang Berkemampuan Di Institusi Pendidikan Tinggi
0 Comments
79664 view
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published