Oleh Tariq Ismail Mustafa
KUALA LUMPUR, Malaysia--Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pejuang mengikuti dengan penuh minat penyertaan Malaysia yang belum selesai dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) tajaan Amerika Syarikat berikutan lawatan Perdana Menteri ke Rumah Putih baru-baru ini.
Walaupun Pejuang beranggapan bahawa IPEF adalah semata-mata hanya fokus kepada ekonomi, dengan keadaan seperti yang mereka ada pada masa ini di mana cara ekonomi digunakan untuk memerangi peperangan dan mempengaruhi dasar luar, sebarang penyertaan sedemikian mesti menjadi pertimbangan demi kedaulatan negara kita dan ianya melibatkan bukan sahaja Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi juga Kementerian Luar Negeri (KLN) dan pada situasi tertentu, turut melibatkan mereka yang bertugas dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita.
Ini bukanlah pertimbangan yang tidak munasabah memandangkan AS sendiri telah cenderung ke arah peraturan penglibatan nasionalistik iaitu peraturan penglibatan komersial yang melindungi industri dan bekalan yang berkepentingan negara atau dengan kata lain, sektor yang penting untuk kedaulatan mereka sendiri.
Pejuang ingin mengingatkan para Menteri bahawa selain daripada cabaran ekonomi pasca Covid-19 yang menjejaskan kekuatan negara perindustrian, alat ekonomi turut digunakan untuk memanipulasi dasar luar.
Walaupun tiada siapa yang dapat menilai dan merenung dengan secukupnya terma-terma di bawah IPEF, bukanlah sesuatu yang sukar untuk membayangkan bahawa AS akan terus menggunakan setiap alat yang ada dari segi ekonomi dan sosial untuk menekan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain untuk menyokong dasar luar mereka.
Walaupun Pejuang bukan anti-Amerika, ia bagaimanapun memihak kepada dunia di mana tiada satu negara pun memegang hegemoni. Terutamanya di mana hegemoni dipegang oleh pembuli yang ganas seperti AS.
Untuk tujuan inilah Pejuang menggesa Menteri-menteri yang terlibat supaya meneliti IPEF termasuklah meneliti butiran yang paling kecil dan mengenal pasti sama ada undang-undang dan peraturan asasnya bermakna kita bersetuju dengan penerimaan de-facto undang-undang dan peraturan AS untuk mematuhi IPEF.
Dengan pemikiran ini, Pejuang menggesa para Menteri yang berkenaan untuk mengadakan sidang Parlimen khas untuk menggariskan butiran IPEF dan mempertimbangkan implikasi dasar luar IPEF yang lebih luas.
Walaupun kami memahami keputusasaan untuk pelaburan asing, perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi semasa tempoh pemulihan ini, menandatangani IPEF dengan tergesa-gesa mungkin bukan jawapannya.
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published