By Collins Chong Yew Keat
KUALA LUMPUR, Malaysia: Sidang Kemuncak Quad yang dihoskan oleh Presiden Biden pada 21 September di Delaware kekal sebagai tonggak utama dan simbol daya tahan dan kekuatan Quad.
Di pertengahan gelombang baharu ketegangan keselamatan dan pembentukan pakatan ekonomi dan pertahanan di rantau Indo-Pasifik, yang merangkumi pembentukan baharu the Squad (Tokyo-Manila-Washington), Aukus, dan potensi Nato versi Asia, terdapat pihak yang menganggap Quad semakin lapuk dan tidak berkesan.
Namun, dari segi realiti geopolitik dan keselamatan, Quad kekal sebagai jaminan dan benteng pertahanan kritikal bukan sahaja bagi kesemua keempat-empat ahli Quad, tetapi memberikan impak langsung terhadap kestabilan dan keamanan serantau.
Walaupun Quad sering dilihat sebagai versi power softener dalam usaha Washington untuk mengekang China di Indo-Pasifik, dengan penekanan pada peraturan dan norma antarabangsa berasaskan undang-undang dan kesedaran keterbukaan laluan maritim yang meluas, fokus utama untuk mengekang hasrat dan agenda serantau China tidak pernah berubah.
Quad ditubuhkan sebagai kuasa global untuk menjunjung norma dan kestabilan antarabangsa, memberi manfaat kepada negara-negara di seluruh Indo-Pasifik—termasuk di Pasifik, Asia Tenggara, dan Wilayah Lautan Hindi.
Dengan sinergi dan kerjasama bersama Tokyo, New Delhi, Canberra, dan Washington, keutamaan utama kekal adalah untuk menegakkan peraturan berasaskan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan global yang normatif terus terpelihara.
Selain peranan gabungan dalam mengekalkan kestabilan dan status quo, Quad memimpin projek-projek bersaspirasi tinggi dalam bidang politik bawahan dan ancaman bukan konvensional. Kesemua ini menyuntik impak berangkai kepada kerjasama erat dengan pelaku lain dalam bidang high politics.
Keempat-empat kuasa ini menangani ancaman pandemik dan penyakit; bertindak balas terhadap bencana alam; membina infrastruktur fizikal dan digital berkualiti tinggi; melabur dalam teknologi kritikal dan teknologi baharu; menangani ancaman perubahan iklim; memperkukuh keselamatan siber dan digital; dan memupuk generasi pemimpin teknologi yang akan datang.
Sidang kemuncak di Delaware ini penting dalam beberapa aspek. Pertama, ia adalah yang terakhir dihadiri oleh Biden sebagai Presiden AS, di mana beliau berperanan besar dalam memperkasa institusionalisasi kumpulan ini, dan juga menjadi medan terakhir bagi Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang memainkan peranan penting dalam memberikan kekuatan politik dan nafas baharu kepada forum ini.
Kedua, tahun ini menandakan dua dekad sejak penubuhan kumpulan ini.
Dengan tumpuan meningkat terhadap Rusia dan China serta ancaman yang semakin memuncak oleh Pyongyang, serta cabaran keselamatan bukan tradisional lain di rantau ini, Quad menghadapi ancaman pelbagai dimensi. secara multifaceted.
Deklarasi Wilmington, kenyataan bersama para pemimpin Quad dalam Sidang Kemuncak ini, bertujuan untuk menangani cabaran-cabaran ini dalam kerangka bersatu sebagai mesej jelas kepada musuh dan juga sekutu potensi sekutu lain.
Kenyataan Wilmington mencerminkan kesinambungan dalam bertindak balas terhadap perang di Ukraine, serta menyuarakan kebimbangan mengenai pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara dan keperluan untuk mencegah penyebaran peluru berpandu dan teknologi nuklear. Deklarasi ini juga menumpukan pada konflik yang berterusan di Gaza.
Mengenai dilema ancaman China, respons Quad tahun ini kelihatan lebih tajam dan langsung. Beijing terus dikecam kerana mengabaikan undang-undang antarabangsa dan bertindak secara unilateral dan agresif di Laut China Selatan dan juga di Laut Timur dengan Jepun dan pelaku serantau lain, dan mengutuk penggunaan pengawal pantai Coast Guard dan kapal militia maritim, yang berfungsi sebagai taktik China dalam percaturan penghirisan salami dan juga gerakan paksaan.
Usaha Quad untuk memperkukuh Indo Pacific Maritime Domain Awareness (IPMDA) mendapat rangsangan baru dengan "Maritime Initiative for Training in the Indo-Pacific" (MAITRI).
Quad juga berusaha untuk menjadi pelengkap dan penyokong dasar kepada ASEAN, Indian Ocean Rim Association (IORA), dan Pacific Island Forum (PIF).
Langkah-langkah pelengkap ini dalam meningkatkan kepercayaan dan keyakinan serantau melalui respons bencana dan menyediakan benteng keselamatan melalui cegah rintang berkesan serta fokus pada ancaman baharu seperti keselamatan siber dan impak iklim, bertujuan untuk memperluas kelestarian dan kadar penerimaan Quad di rantau ini.
Ini berbeza dengan Aukus atau Squad dalam orientasi mereka yang lebih berfokus kepada cegah rintang langsung terhadap hard power threats dan pembentukan pakatan keselamatan langsung dengan mod fungsi operasi dan kebolehoperasian serasi dengan kuasa ketenteraan lain.
Empat ahli Quad ini terus bersatu bukan sahaja disebabkan ancaman bersama, tetapi oleh niat dan keserasian polisi secara bersama untuk memperoleh pulangan ekonomi dan perdagangan sesame sendiri dan dalam memperluas versi kestabilan dan keselamatan Indo-Pasifik mereka dalam menghentikan naratif dna usaha Beijing dalam membentuk pengaruh serantau yang berpaksikan kuasa ekonomi,politik dan ketenteraan Beijing yang diiringi oleh kuasa soft power yang kian mendalam dalam kalangan pelaku serantau.
Dengan memiliki pelbagai domain keselamatan dan bukan keselamatan untuk dimanfaatkan, Quad mempersembahkan asas kekuatan secara sinergi dan menyeluruh yang lebih dipercayai dan boleh diggembleng dengan kapasiti serangan kedua yang lebih kukuh, dengan lebih banyak kapasiti pertahanan lasak yang meliputi undersea security sehingga kepada respons bencana dan bantuan kemanusiaan dalam menegakkan ideologi politik bersama tentang demokrasi dan kebebasan.
Salah satu kerjasama unggul, iaitu kesedaran domain maritim yang diperluas, berbeza dengan keupayaan kebolehoperasian maritim konvensional yang lain, dengan cara di mana pakatan Squad tidak dapat atau tidak sesuai secara geografi untuk melakukannya.
Lautan Hindi kekal sebagai domain geosekuriti penting bagi Quad, dengan Tentera Laut India menggunakan ini sebagai pemacu kapasiti bersama dan sokongan maritim lanjutan daripada AS sebagai kehadiran maritim status quo serta skala keberadaaan Jepun dan Australia yang semakin berkembang.
Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar India, Jaishankar, kekuatan keseluruhan Quad dibina berdasarkan kuasa pengikat bersama politik demokratik, masyarakat pluralistik, dan ekonomi pasaran, yang menyediakan faktor penstabil dalam dunia yang kian tidak menentu.
Agenda Quad yang terdiri daripada pelbagai dimensi mungkin dilihat tidak jelas bagi sesetengah pihak, tetapi pelbagai tawaran dalaman dan keupayaan ahli dalam merentasi domain cabaran berlainan memberikan kesejajaran kepentingan dan jaminan. Ini mencipta persepsi rakan kongsi yang boleh dipercayai dan berdaya tahan di rantau ini berbanding dengan kuasa tunggal seperti China ataupun mana-mana satu ahli tunggal Quad.
Terikat oleh entiti kerjasama secara bersepakat, Quad boleh mempersembahkan dirinya sama ada sebagai penambat kepada retorik anti-China Washington yang bersifat langsung dan tegas.
Quad Tawar Kelainan Berbanding Squad
Kapasiti yang kurang dan jurang dalam Squad selain daripada unjuran kuasa tradisional, ditebus oleh Quad dengan kelincahan dan fleksibiliti dalam membentuk respons secara holistic dan bersepadu, baik dalam naratif dan unjuran kuasa.
Bagi Squad, tumpuan yang jelas pada keselamatan tradisional sesuai dengan konsep tersendiri kerana setiap anggota mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan AS, dan mekanismenya adalah khusus untuk menentang ancaman Beijing di Laut China Selatan Laut China Timur.
Quad, sebaliknya, bukanlah pakatan ketenteraan tradisional, dan menyumbang kepada kestabilan dan keamanan serantau yang lebih luas. Tahap sokongan dan interaksi juga lebih mendalam, kerana Quad merangkumi penglibatan pemimpin tertinggi dan Menteri Luar Negeri, manakala Squad setakat ini terhad kepada Menteri Pertahanan.
Berbanding dengan Squad yang didorong oleh kapasiti tayangan kuasa hard power, Quad menambah lapisan membina kepercayaan dan usaha persahabatan ekonomi untuk melengkapkan objektif utama mereka dalam memperkukuh jaminan perlindungan dan memperluas peluang baharu kepada bukan ahli dan potensi pelaku lain.
Quad bukan hanya didorong oleh usaha Washington untuk mengekang China semata-mata, seperti yang sering dilihat yang menjadi tanggapan popular.
Jepun, Australia, dan India masing-masing gusar dengan China, dengan niat yang sama untuk menyekat pencerobohan China yang semakin mendalam dan impak terhadap kelangsungan ekonomi dan keselamatan mereka.
Walaupun New Delhi berbeza dalam pendekatan dasar luar negaranya berbanding dengan ahli Quad lain, ia akan mahu kekal dalam platform ini untuk menegakkan perintah berasaskan peraturan serantau dan memastikan China terkawal, sambil mengekalkan hubungan dasar afiliasi dan peribadi dengan Moscow. Quad berfungsi untuk melengkapkan kepentingan keselamatan dan ekonomi India.
India bimbang tentang kepentingan keselamatan kawasan sekitarnya, termasuk Lautan Hindi dan Selat Melaka serta sempadan daratnya dengan China. Quad dilihat sebagai menyokong keperluan New Delhi ini dan merapatkan jurang kapasiti kuasa di antara kedua-dua negara dalam persaingan bilateral yang semakin mendalam.
Quad boleh bebas daripada kepompong persepsi ramai bahawa ia adalah alat yang digunakan Barat dan Washington dalam mengekang kebangkitan China dan dalam memperhebat bloc mentality, dengan memperluas keahlian yang akan berdasarkan nilai dan kepatuhan ideologi serta tanggungjawab dasar luar negara dan ekonomi.
Quad boleh terus memperluaskan naratif kuasa lembutnya dengan meningkatkan pendekatan lembut melalui promosi demokrasi dan kebebasan, yang akan menambah kredibiliti dan pemberatan geopolitik kepada Quad yang diperluas baik dari segi intipati prinsipnya mahupun pulangan keselamatan total.
*Collins Chong Yew Keat ialah pakar pengantarabangsaan dan pengurusan strategik dengan Universiti Malaya.*
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published