Oleh Collins Chong Yew Keat
KUALA LUMPUR, Malaysia: Lawatan rasmi Yang Berhormat To Lam, Pemimpin Parti Komunis Vietnam ke Malaysia yang baharu berakhir mencipta suntikan baharu dalam hubungan Hanoi-Kuala Lumpur yang telah berakar dalam persahabatan sejarah dan saling bergantung secara strategik.
Ini adalah lawatan pertama Lam ke Malaysia sejak dilantik sebagai Ketua Parti yang juga melambangkan posisi sebagai pemimpin tertinggi dan paling berkuasa negara pada bulan Ogos tahun ini. Lambang kepentingan lawatan ini juga menonjol memandangkan kali terakhir Malaysia menerima lawatan Ketua Parti adalah pada Mac 1994, setahun sebelum Vietnam menyertai ASEAN secara rasmi.
Setiausaha Agung menggariskan tonggak utama dalam perkongsian baharu ini, yang merangkumi pengukuhan kepercayaan politik dan kerjasama, terutamanya dalam pertahanan dan keselamatan. Ini menandakan babak dan lembaran baharu dalam mengukuhkan sinergi perkongsian kepakaran dan sumber, serta mempergiat kerjasama dan saling kebergantungan dalam sektor high politics termasuk sistem pertahanan, kemampanan ekonomi dan kerjasama cegah rintang bersama.
Peningkatan pertalian kepada tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership) menekankan peranan pelbagai sektor kritikal yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara, termasuk ekonomi hijau dan digital, sains dan teknologi, peralihan tenaga baharu, kemajuan teknologi tinggi, pembangunan sumber manusia dan pemerkasaan hubungan antara rakyat (people to people ties).
Sokongan Vietnam terhadap peranan Malaysia dalam memelihara keamanan serantau dan peranan yang akan datang sebagai Pengerusi ASEAN akan menyuntik semangat perpaduan dan sokongan untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau sambil menegakkan kesucian undang-undang antarabangsa dan peraturan yang berasaskan jaminan undang-undang.
Hubungan dua hala telah disokong oleh kekuatan dan prospek saling bergantung dalam ekonomi, terutamanya dalam sumber kritikal dan teknologi.
Malaysia dan Vietnam berkongsi dilema berkenaan dasar dan perangkap yang sama dalam tindak balas terhadap perluasan kuasa China dan juga dampak persaingan kuasa luar, tetapi Vietnam mempunyai kapasiti yang berlainan dari segi kelebihan geografi dalam sempadan dengan China dan juga tumpuan kuasa luar dalam sektor ekonomi dan pelaburan.
Dengan konsep bamboo diplomacy dan konsep Four No’s yang menitikberatkan konsep dan orientasi dasar luar yang bersifat aman, tidak berpihak, tidak menggunakan kekerasan, tidak mengadakan sekutu ketenteraan dan juga penekanan kepada hubungan erat dengan semua kuasa, Vietnam terikat dengan limitasi perkembangan fallback option, namun tetap mempungai leverage and bargaining card dalam menyeimbangi percaturan keseimbangan kuasa di sebalik kekangan yang ada.
Vietnam telah memainkan peranan penting dan memberi sokongan dalam memimpin dan mencipta usaha untuk rangka kerja dan platform serantau dalam memastikan ruang serantau yang stabil, bebas, dan terbuka di Asia Tenggara dan Indo-Pasifik. Konsep ini selaras dengan kedudukan diplomatik Malaysia yang bersandarkan kepada pendekatan dasar berkecuali, serta mantra penyelesaian konflik secar damai dalam mencegah konflik dan ancaman melalui pendekatan diplomatic strategik.
Vietnam mempunyai kedudukan, pengaruh, dan tujuan yang unik dalam rangka kerja serantau untuk menyelesaikan isu-isu mendesak termasuk Myanmar dan konflik di Laut China Selatan, menjadikannya bukan sahaja sebagai antara kuas pengaruh utama dalam ASEAN, tetapi juga sebagai kuasa penghubung kepada kuasa-kuasa besar luar yang akan memberi impak signifikan kepada masa depan ASEAN dan kestabilan kuasa serantau, iaitu hubungan kuasa dengan Rusia, Amerika Syarikat, dan China.
Kedudukannya sebagai pembuat keputusan dan kuasa pengaruh yang paling penting di rantau Mekong dan continental Southeast Asia akan mencipta garisan pelindung baru dan bertindak sebagai perisai dalam memelihara keamanan dan kestabilan dalam menelusuri kerumitan persaingan kuasa di rantau ini.
Vietnam kini muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi yang berkembang pesat dengan prospek tinggi di rantau ini, dan ini akan melengkapkan usaha peralihan ekonomi yang sedang dijalankan oleh Malaysia.
Dengan memanfaatkan kekuatan dan kelebihan masing-masing, kedua-dua negara akan mewujudkan asas kukuh kestabilan ekonomi dan politik bukan sahaja untuk ASEAN tetapi juga untuk pembangunan rujukan yang lebih besar sebagai kuasa kuasa baharu yang sedang berkembang, terutamanya dalam konteks Global South.
Prospek Ekonomi dan Geopolitik Vietnam yang Meningkat
Vietnam telah memperkembang kredibiliti dan kepimpinannya dalam ekonomi di rantau ini sejak menyertai ASEAN.
Vietnam telah mencatatkan pertumbuhan pesat sejak sedekad yang lalu dengan pertumbuhan KDNK tahunan purata sebanyak 6 hingga 7%. Pada tahun 2023, KDNK Vietnam melonjak ke $411 bilion dari $280 bilion pada tahun 2018 – peningkatan yang menunjukkan kestabilan dan kemajuan ekonominya.
Vietnam dijangka melihat pertumbuhan ekonomi yang signifikan menjelang 2034 dengan KDNK melebihi $700 bilion dan KDNK per kapita melebihi $10,000 apabila ia bergerak ke arah menjadi negara berpendapatan sederhana.
Menjelang tahun 2030, dianggarkan bahawa Vietnam akan menyaksikan peningkatan populasi kelas menengah (middle class segment) kepada sekitar 45 juta individu; pertumbuhan ini dijangka akan meningkatkan perbelanjaan dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan premium di negara ini.
Ini bakal menjadi destinasi pelaburan dan juga eksport yang menguntungkan ASEAN dan juga Malaysia.
Ekonomi digital Vietnam dijangka mencapai nilai $57 bilion pada 2025 dari $23 bilion yang dicatatkan pada 2022 akibat perkembangan platform e-dagang dan perkhidmatan IT, bersama-sama dengan kebangkitan industri fintech.
Vietnam juga dengan pantas menjadi hab pengeluaran eksport utama untuk pengeluar global seperti LG dan Samsung Electronics dari Korea Selatan, Apple Inc. dan pengeluar kereta seperti Honda dan Toyota.
Kerajaan Vietnam telah berjanji untuk memperuntukkan $117 bilion untuk inisiatif infrastruktur dari 2024 hingga 2030, berfokuskan pada kemajuan dan pembangunan projek, serta memperluas pelabuhan seperti Hai Phong dan Cai Mep Thie Vai untuk memudahkan laluan dan kapasiti perdagangan.
Vietnam berada di barisan hadapan peralihan ke arah kapasiti tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara.
Tenaga boleh diperbaharui menyumbang 13.7% daripada penjanaan elektrik Vietnam pada tahun 2023. Vietnam merancang untuk meningkatkan kapasiti tenaga angin dan solar kepada 45 gigawatt menjelang 2030.
Populasi muda dan celik teknologi Vietnam kini memacu inovasi. Tenaga kerja negara ini mempunyai usia median 32.5 tahun dan kadar literasi yang tinggi, yang memupuk inovasi dalam permulaan dan teknologi.
Prospek untuk dekad yang akan datang adalah kukuh, didorong oleh asas ekonomi yang kuat, kapasiti demografi yang menguntungkan dan kedudukan geopolitik strategik, dan dasar luar yang pragmatik. Kedua-dua negara mempunyai kedudukan ekonomi strategik yang serupa dan peranan kuasa dalam memperkukuh suara dan peranan ASEAN serta seterusnya.
*Collins Chong Yew Keat islah Penganalisis Strategi, Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa dengan Universiti Malaya.*
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published