Oleh Collins Chong Yew Keat

KALA UPUR, Malaysia: Selepas bergantung kepada Amerika sebagai sekutu utama selama beberapa dekad, para pemimpin Eropah di Munich Security Conference minggu ini kini gusar tentang tekanan dan risiko Trump dalam meruntuhkan tradisi jaminan keselamatan Eropah.

Rundingan tersendiri Washington dan Moscow di Arab Saudi yang bertujuan untuk memperbaiki hubungan diplomatik dan merundingkan pengakhiran perang di Ukraine, menjadi simbol era baharu pertalian dua hala di bawan penekanan Trump yang berani dan berlainan. Dengan tiadanya penglibatan Eropah dan Ukraine, ini membolehkan perundingan dan pertemuan ini untuk berlaku tanpa rintangan dan kekangan norma konvensional yang membelenggu pentadbiran Biden sebelum ini.

Ini hanya boleh berlaku di bawah Trump, dan akan menandakan laluan baharu ke arah keamanan setelah perang tiga tahun yang telah menelan kemusnahan berbilion dolar, perbelanjaan ketenteraan yang mencecah lebih daripada USD300 billion dari Washington, dan juga kos kemanusiaan dan nyawa. Jika Biden mengalahkan Trump dalam pilihan raya, konflik ini hanya akan berlanjutan dengan lebih banyak nyawa terkorban yang hanya akan menguntungkan military industrial complex di pihak Eropah dan Amerika Syarikat.

Setiausaha Negara AS Marco Rubio telah duduk bersama Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Riyadh, menjadi satu petanda baharu bahawa pentadbiran Trump kali ini tidak akan mengulangi kesilapan dan keengganan Biden untuk mencari langkah penyelesaian bukan sahaja kepada kemelut perang Ukraine tetapi juga berkaitan dengan hubungan penting Moscow-Washington.  

Hanya Trump yang kini mempunyai kapasiti untuk menghentikan kebuntuan sebelum ini akibat pendekatan lama Barat yang degil dan terikat, dan sekiranya Biden menang pada pilihanraya presiden lalu, konflik di Ukraine ini dilihat akan terus bergelumang dengan kancah kemusnahan yang tidak berkesudahan.
Perbincangan rasmi pertama ini akan membuka jalan bagi pertemuan akan datang antara Trump dan Putin, yang akan menandakan era baharu untuk dunia,tanpa kekangan dan perangkap konvensional faktor Eropah dan woke and liberal left factor di Amerika.

Pertemuan ini sudah lama tertangguh dan ia akan membuka laluan bagi pengakhiran konflik Ukraine serta membawa kepastian jangka panjang dalam hubungan dua hala dan penyusunan semula hubungan dengan Rusia.

Keruntuhan Jaminan Keselamatan AS

Sejak konflik di Ukraine bermula, Amerika telah berpegang dan terikat kepada dua prinsip: bahawa masa depan Ukraine tidak boleh diputuskan tanpa penglibatan Ukraine, dan bahawa Amerika serta sekutu Baratnya mesti bersatu menghadapi Putin.
Kehadiran Trump kali ini menyaksikan semua ini akan berubah.

Para pemimpin Eropah kini bergegas untuk menyusun semula kedudukan keselamatan mereka di tengah-tengah pergolakan baharu ini serta risiko penarikan diri Amerika atau tekanan untuk memaksa Eropah melonggarkan halangan konvensional terhadap rundingan damai Ukraine.

Para pemimpin Eropah mengadakan mesyuarat kecemasan di Paris pada untuk menyelaraskan pendirian mereka selepas mereka diketepikan dalam rundingan bagi Ukraine.

Hasil daripada pertemuan Trump-Putin kelak juga akan memberi kesan melangkaui Ukraine, kerana hubungan yang lebih baik dengan AS akan mengurangkan keperluan Moscow untuk bergantung kepada China dan Korea Utara.

Dalam rundingan masa depan dua hala, Amerika dijangka turut akan menuntut goodwill quid pro quo dari Moscow, untuk mendapatkan Rusia untuk tidak terus mendekatkan diri dengan Beijing, Pyongyang dan BRICS.

Bagi Moscow, rundingan juga diharapkan untuk Amerika melonggarkan sekatan terhadap Iran yang telah menjadi , di mana eksport minyak Iran dapat ditingkatkan yang dapat memberikan pulangan geostrategik kepada Moscow dan pendapatannya.

Tanpa pengaruh luar dan faktor kekangan Eropah,keinginan Trump untuk menghentikan konflik ini, serta penolakan idea Ukraine untuk menyertai NATO, pertemuan dan rundingan dengan Putin akan terjurus kepada pembaikian semula hubungan bilateral yang telah terhakis dengan mutual hostility and wariness sebelum ini.Ini akan memberikan pulangan berangkai kepada dunia dari segi keamanan dan kestabilan ekonomi dan rantaian bekalan.

Dalam aspek ini, Beijing dan Pyongyang juga turut memerhatikan dengan mendalam pendekatan kedua-dua Moscow dan Washington dan tetap gusar dengan impak terhadap power interest mereka.

Eropah juga kini perlu membentuk pendekatan pertahanan yang lebih berdikari tanpa kebergantungan kepada Amerika.

Dengan amaran Trump bahawa Eropah akan ditinggalkan bersendirian, perbincangan mengenai pembentukan "Tentera Eropah" atau European Army tidak akan memberi sebarang implikasi kepada kuasa-kuasa Eropah untuk mencabar Rusia, kerana tanpa penglibatan AS, Eropah tidak mempunyai keupayaan untuk mengekalkan sebarang cegah rintang dan pertahanan, mahupun konfrontasi langsung.

Bolehkah Eropah mempertahankan dirinya tanpa sokongan Amerika? Tidak sama sekali. Ini akan memaksa Eropah untuk berbelanja lebih dalam pertahanan, termasuk komitmen NATO-nya. Ini akan memerlukan lonjakan dalam perbelanjaan pertahanan dan kapasiti pencegahan, sesuatu yang Eropah ketinggalan sekarang dengan ekonominya yang semakin merosot serta ancaman tarif daripada Trump.

Tahun lalu, hanya 18 sekutu NATO yang membelanjakan sasaran 2% daripada KDNK untuk pertahanan, dan Eropah kini kekurangan keupayaan pertahanan dan pencegahan yang mencukupi terhadap Rusia.

Amerika telah menjadi payung nuklear dan ketenteraan utama Eropah selama beberapa dekad. Eropah telah lama bergantung secara piggyback kepada Washington dari segi jaminan keselamatan, dan kebergantungan ini membolehkan Eropah  mengalih fokus kepada rantau lain tanpa keperluan mendesak untuk meningkatkan keupayaan pertahanannya. Peralihan fokus kepada Indo Pasifik dan Afrika termasuk melalui strategi Global Gateway menjadi asas, namun ia masih tidak menonjolkan pulangan yang diingini.

Pendekatan Unik Tamatkan Perang

Dengan Trump kini menterbalikkan rencana konvensional ini, keselamatan Eropah tiba-tiba kelihatan kucar-kacir, walaupun tanpa faktor perang Ukraine tiga tahun yang lalu.

Sebaliknya, Rusia mempunyai kelebihan lebih tinggi dalam kapasiti ketenteraan konvensional dan nuklear. Perang Ukraine menunjukkan bagaimana konflik ini tidak sepatutnya berlaku sejak awal, dan jika Trump berkuasa ketika itu, menurut kata-katanya sendiri dan Putin, ini tidak akan bermula dan tidak seharusnya bermula.

Trump mengkritik keputusan Ukraine untuk tidak berunding dengan Rusia, sedangkan perbezaan kuasa ketenteraan antara Moscow dan Kiev begitu besar. Trump mengatakan bahawa Zelensky dan sekutu Barat Eropah sepatutnya sedar tentang prospek menentang Rusia yang dianggap sebagai sia-sia dan tidak akan mendatangkan kemenangan kepada Ukraine, memandangkan total firepower and staying power Russia yang jauh lebih tinggi berbanding dengan Ukraine.

Trump turut menyelar kelicikan Zelensky kerana tidak bersetuju dengan pertemuan langsung ini tanpa Ukraine, dan Trump juga mengkritik Zelensky yang dikatakan bijak dna licik dalam manipulasi sebelum ini terhadap pentadbiran Biden dalam memaksa Washington untuk menyalurkan dana ketenteraan lebih daripada USD300 billion.

Hujah Trump bahawa Zelensky telah sekian lama selama tiga tahun tidak memikirkan jalan penyelesaian dan tiada usaha untuk meredakan konflik, malah mengekalkan perang dan mengakibatkan kehilangan nyawa berterusan, dilihat ada kebenarannya apabila tiada hasrat untuk keluar daripada kepompong dan takuk lama dalam rencana conflict management dan conflict resolution yang telah sekian lama terikat dengan archaic model and concept.

Pertemuan langsung antara Trump dan Putin ini adalah yang paling bermanfaat dan strategik dalam semua aspek, kerana ia menyingkirkan pengaruh kuasa Eropah yang selama ini menjadi penghalang utama. Dengan strategi tarif Trump dan penyusunan semula hubungan keselamatan dengan Eropah, Eropah akan dipaksa untuk mengurangkan tekanannya terhadap Rusia, di mana hubungan trans-Atlantic yang rapuh akan mengehadkan pilihan perdagangan dan ekonominya, dan memaksanya untuk lebih bergantung kepada Indo-Pasifik dan China.

Ancaman Trump untuk mempertingkat tarif ke atas Eropah jika ia cuba menggagalkan perjanjian terus dengan Putin merupakan langkah strategik dan bijak. Ia membuka peluang baharu untuk penyusunan semula ekonomi, perdagangan, dan keselamatan dengan Rusia secara positif, terutamanya dalam membina jalan ke arah kedamaian dan keamanan, yang turut akan memberikan kesan limpahan positif keselamatan tenaga, makanan dan ekonomi bagi Eropah.

Pergolakan baharu dalam landskap keselamatan Eropah ini bermakna Eropah tidak mempunyai pilihan selain mengikut kehendak Trump untuk mengelakkan risiko tarif dan kehilangan sepenuhnya perlindungan keselamatan AS. Ini akan memaksa Eropah menerima perjanjian damai Ukraine, dan tiada lagi halangan untuk terus membazirkan saluran dana ketenteraan serta kehilangan lebih banyak nyawa di pihak Ukraine dan Rusia.

Trump kini telah menepati janjinya untuk menamatkan perang ini, membersihkan kemelut yang ditinggalkan Biden dan kredit harus diberikan kepadanya dalam rencana ini.

Perang Ukraine menjadi perang darat terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. Harapan kini menggunung untuk kembalinya keamanan di Eropah yang telah lama dinantikan.

*Collins Chong Yew Keat ialah pakar pengantarabangsaan dan pengurusan strategik dengan Universiti Malaya.*