Oleh Tree Light 

KUALA LUMPUR, Malaysia--Kebangkitan Dunia Arab atau ‘The Arab Spring’ pernah menghiasi berita utama yang sensasi oleh ribuan pengamal media sekitar tahun 2011. Hingga sekarang masih ada segelintir negara-negara Arab yang tidak menemui pengakhirannya.

Revolusi ini tercetus bermula di negara Tunisia dengan perancangan untuk menggulingkan pemerintah mereka yang mana kemudiannya telah diikuti oleh beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara. Peristiwa ini turut mengorbankan kira-kira 61,000 orang dan masih meningkat.

Antara negara yang turut bangkit akibat daripada revolusi ini adalah Mesir, Algeria, Iraq dan Israel yang turut melakukan bantahan secara besar-besaran. Perubahan pemerintahan dan bantahan turut dilakukan oleh Lubnan, Jordan, Oman, Maghribi, dan Kuwait.

Selain itu mogok dan protes turut diadakan oleh negara-negara seperti Mauritania, Sudan, Arab Saudi dan Sahara Barat. Manakala negara seperti Yaman dan Bahrain juga turut mengalami beberapa rusuhan sivil dan perubahan pemerintahan. Akhir sekali, kesan yang terbesar terjadi akibat daripada revolusi ini ialah telah terjadinya pengulingan kerajaan di Libya dan pemimpin diktaktor terkenal dunia iaitu Muammar Gaddafi telah dibunuh.

Setelah melakukan beberapa kajian dan pemantauan, telah didapati antara penyebab-penyebab terjadinya siri kebangkitan revolusi ini adalah kerana faktor struktur demografi, negara otoriter, kemiskinan lampau, rasuah kerajaan, pelanggaran hak asasi manusia, inflasi, kleptokrasi, sektarianisme dan masalah pengangguran.

Isu sekuriti makanan juga telah menyebabkan kenaikan harga makanan dan pergolakan sosial yang wujud, dan telah mencetuskan banyak tunjuk perasaan di ketiga-tiga buah negara iaitu Mesir, Syria dan Morocco.

Walaupun berlakunya krisis ekonomi dan menyebabkan lonjakan harga makanan sejak kebelakangan ini, selain dari perubahan iklim yang menjulang telah memunculkan banyak masalah keamanan pangan di kebanyakan bidang kebijakan dan di banyak negara. Antaranya adalah ketidakamanan makanan dan sebab serta akibatnya baru-baru ini sangat berpengaruh di Timur Tengah dan Utara Afrika. Hubungan dasar antara ketidakamanan makanan dan ketidakstabilan sosiopolitik telah dipamerkan secara kuat di rantau ini setelah berlakunya revolusi Arab Spring pada tahun 2011.

Masalah makanan yang rumit berinteraksi dengan masalah sosiopolitik yang mendalam dan menjadikannya antara sebab utama yang sukar disimpulkan. Bab ini memperbetulkan keadaan keselamatan makanan semasa di rantau ini dan meneroka dimensi penting untuk interaksi secara berterusan disebabkan faktor ketidakamanan makanan dan ketidakstabilan sosiopolitik dalam dekad kedepan.

Krisis pertanian yang bermula pada tahun 2007 diseluruh negara pengeluar gandum telah menjadi punca rusuhan rakyat di benua Afrika, dan di negara Arab yang terletak di benua Afrika iaitu Libya, Tunisia, Algeria dan juga Mesir. Ini berlaku disebabkan kerana kenaikan harga bahan makanan, terutamanya dua bahan makanan yang penting bagi masyarakat Arab iaitu gandum dan daging. Benua Afrika, termasuk sebilangan negara-negara Arab adalah pengimport utama bijirin dari luar negara.