Oleh Tariq Ismail

KUALA LUMPUR, Malaysia--Kami berpendapat bahawa pernyataan daripada Pejabat Perdana Menteri bertarikh 29, July 2021 adalah suatu penghinaan terhadap DYMM Tuanku dengan mengandaikan Istana tidak mengerti akan peruntukan Perlembagaan terutama di waktu Darurat ini.

Oleh itu, kami memohon agar DYMM Tuanku bertindak tegas dan sewajarnya bagi menghentikan retorik dan kekalutan pihak kerajaan sekarang bagi menegakkan benang yang basah.

Kami yakin bahawa selagi teguran atau tindakan tegas tidak diambil, kerajaan ini bersedia untuk mempertahankan kedudukan mereka tanpa berundur sedikit pun, walaupun terpaksa bertegang urat dengan Istana.

Penyelesaian politik tidak akan dapat dicapai melalui jalan yang ditempuh sebelum ini, kerana sokongan majoriti tidak mungkin tercapai di waktu ini.

Maka kami berpendapat satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah dengan mengenepikan kepentingan politik semua pihak dan menubuhkan suatu badan pentadbiran yang bebas politik seperti Majlis Gerakan Negara bagi mentadbir negara dalam jangkamasa terdekat dan sehingga pilihanraya yang dapat mengembalikan majoriti 2/3 bagi mana-mana pihak.

Kami yakin bahawa hanya melalui tindakan ini dapat dikembalikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara bagi memulakan tempoh bagi rakyat dan negara ini sembuh dari kemelut 18 bulan terakhir ini.