Oleh BERSIH 2.0
KUALA LUMPUR, Malaysia--Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengalu-alukan pengumuman bersama oleh wakil-wakil daripada Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) bahawa mereka akan menandatangani satu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik hari ini pada pukul 5 petang di Dewan Banquet Parlimen Malaysia.
Ini adalah pencapaian yang jarang antara kerajaan dan pembangkang dalam politik Malaysia di mana semangat rentas parti diutamakan berbanding retorik jahat, tindakan bersendirian dan politiking yang tidak berkesudahan. Persefahaman ini berpaksi kepada keperluan kestabilan politik bagi pengurusan pandemik COVID-19 yang lebih baik dan memulihkan ekonomi
BERSIH 2.0 mengalu-alukan janji untuk menerbitkan butiran Persefahaman itu semasa majlis menandatangani agar rakyat Malaysia bukan sahaja dapat menjadi saksi kepada perjanjian tersebut bahkan dapat mempertanggungjawabkan mereka untuk memenuhi terma yang dijanjikan.
Namun demikian, kami mendapati parti lain di kerusi pembangkang iaitu Warisan, Pejuang, PSB dan ahli parlimen (MP) bebas tidak terlibat dalam Mou (kami tidak tahu sama ada dijemput atau tidak). Kami mengharapkan manfaat reformasi institusi termasuklah Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) dan perwakilan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) akan dipanjangkan juga kepada semua MP pembangkang dan bukan terhad kepada MP PH sahaja.
Walaupun dokumen bersejarah ini dipanggil Memorandum Persefahaman, pada dasarnya ia adalah Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) di mana pelaksanaan beberapa reformasi institusi dan polisi dipersetujui sebagai pertukaran kepada sokongan Pembangkang kepada Kerajaan untuk undi percaya dan RUU Belanjawan. Pembangkang bukan sebahagian daripada kerajaan dan bebas untuk undi menentang RUU lain jika mereka rasakan perlu.
Kami ternanti-nanti kandungan MoU tersebut namun yakin bahawa 7 paker reformasi yang ditawarkan oleh Ismail Sabri pada 10 September akan dimasukkan, ditambahkan lagi dengan reformasi yang PH utarakan. Sebarang reformasi institusi yang dicapai daripada MOU ini akan memanfaatkan semua parti politik hari yang mendatang kerana ia akan meratakan padang permainan politik, dan mula menamatkan situasi yang menang dapat semua.
Lebih utama lagi, ia akan memberi manfaat kepada rakyat apabila kerajaan, Parlimen dan institusi utama mula bekerja untuk dan melindungi kepentingan rakyat berbanding ahli politik. Dalam demokrasi, ahli politik perlu bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan polisi yang lebih baik dan undang-undang yang akan menaikkan taraf hidup rakyat. Reformasi institusi menjamin semua parti bersaing secara adil dan mempunyai semak dan imbang yang mencukupi untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan korupsi.
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published