Oleh Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, Malaysia--Pada Julai 2020 parti telah melantik Ahli-ahli Parlimen KEADILAN menjadi Jurucakap dan Pembantu Jurucakap Parlimen bagi portfolio-portfolio tertentu.

Kami menyedari sistem baharu ini perlu ditambahbaik memandangkan KEADILAN komited memperkasakan Parlimen.

Ini selaras tekad parti-parti Pakatan Harapan yang menekankan reformasi institusi Parlimen sebagaimana terkandung di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.

Selain penyusunan semula kecil melibatkan portfolio Jurucakap, Ahli-ahli Parlimen KEADILAN akan dibantu oleh pasukan penyelidik untuk meningkatkan tugasan di Parlimen di samping mengupayakan sistem komunikasi dan pelaporan yang lebih efektif.

Pada masa yang sama, wacana berterusan akan diadakan menampilkan Jurucakap-jurucakap Parlimen beserta pimpinan parti untuk membicarakan isu-isu di bawah portfolio yang disenaraikan.

Fokus Jurucakap Parlimen KEADILAN adalah berkisar respon terhadap pandemik Covid, memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama dan sistem kenegaraan berasaskan tatakelola yang baik.

Disertakan senarai Jurucakap Parlimen KEADILAN yang terkini:

Jurucakap

Johari Abdul (Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri)

Saifuddin Nasution Ismail (Kewangan, Kos Sara Hidup Dan Hal Ehwal Pengguna)

Nurul Izzah (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Chang Lih Kang (Perumahan, Kerajaan Tempatan & Infrastruktur)

Lee Boon Chye (Kesihatan)

Fuziah Salleh (Alam Sekitar & Air)

Sivarasa Rasiah (Parlimen & Undang-Undang)

Wong Chen (Perdagangan Antarabangsa & Industri)

Nik Nazmi Nik Ahmad (Pendidikan)

Husaini Sahari (Sabah & Sarawak)

Shamsul Iskandar Mohd Akin (Pembangunan Luar Bandar)

Nor Azrina Surip (Sumber Asli & Tenaga)

Akmal Nasir (Belia & Sukan)

Syed Ibrahim Syed Noh (Teknologi Digital, Telekomunikasi & Pengangkutan)

Abdullah Sani Abdul Hamid (Pekerjaan & Hak Pekerja)

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Komunikasi, Seni & Budaya)

William Leong Jee Keen (Parlimen & Pentadbiran)

Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pelancongan)

Sim Tze Tzin (Pertanian & Komoditi)


Pembantu Jurucakap

Karupaiya Mutusami(Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri)

Noor Amin Ahmad (Kewangan, Kos Sara Hidup Dan Hal Ehwal Pengguna)

Michael Teo Yu Keng (Sumber Asli & Tenaga)

Natrah Ismail (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Azman Ismail (Kesihatan)

Chan Ming Kai (Alam Sekitar & Air)

Tan Yee Kew (Perdagangan Antarabangsa & Industri)

Rusnah Aluai (Pendidikan)

Kesavan Subramaniam (Pembangunan Luar Bandar)

P. Prabakaran (Belia & Sukan)

June Leow Hsiad Hui (Teknologi Digital, Telekomunikasi & Pengangkutan)

Hassan Abdul Karim (Pekerjaan & Hak Pekerja)

Maria Chin Abdullah (Parlimen & Undang-Undang)

Christina Liew Chin Jin (Pelancongan)