Hot news
Kerajaan tidak buat rayuan mengenai pendaftaran automatik pengundi, UNDI18
0 Comments
70414 view

PUTRAJAYA, Malaysia--Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik sebagaimana yang diluluskan oleh Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR ini adalah meliputi pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan standard operating procedures (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Dr. Wan Junaidi berkata SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Antaranya ialah membuat semakan maklumat bakal pemilih, semakan di lapangan yang melibatkan bakal pengundi berumur 90 tahun dan ke atas, semakan di lapangan ke atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat, sesi libat urus dengan semua pihak-pihak yang berkepentingan, program pendidikan pengundi kepada bakal pemilih dan menyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang.
Selain itu, SPR juga menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuklah menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022 katanya.
“Keputusan semakan kehakiman isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan supaya umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021”, tambah Dr. Wan Junaidi.
Dr. Wan Junaidi turut memaklumkan di dalam dewan persidangan bahawa Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berkenaan Undi 18 meskipun cabaran yang amat tinggi bagi SPR untuk mengendalikan perkara-perkara yang melibatkan peraturan dan perundangan bagi membolehkan pilihan raya menggunakan sistem termasuk Undi 18 dan pendaftaran automatik bermula Februari 2022.
Walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mahkamah.

LEAVE A REPLY
Your email address will not be published