Hot news
Kerajaan Harus Guna Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Baru Untuk Agihan Bantuan
0 Comments
103600 view
KUALA LUMPUR, Malaysia--Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menzahirkan kegusaran mengenai kenyataan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff di Parlimen pada 6 Oktober 2021 bahawa bantuan kebajikan yang diagihkan ketika wabak COVID-19 dengan sengaja mengguna pakai metrik lapuk untuk mengukur kemiskinan, iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kerana akan mengurangkan beban kewangan pihak kerajaan.
IDEAS menegaskan bahawa menggunakan PGK yang telah lapuk untuk mengagihkan bantuan amat bermasalah.
IDEAS menekankan bahawa PGK amat penting kerana ia mengelaskan isi rumah dan jumlah isi rumah yang berada di bawah garis kemiskinan, lantas memerlukan bantuan kerajaan.
IDEAS menekankan bahawa PGK amat penting kerana ia mengelaskan isi rumah dan jumlah isi rumah yang berada di bawah garis kemiskinan, lantas memerlukan bantuan kerajaan.
IDEAS mengambil maklum PGK ini telah dikemaskini dari RM980 kepada RM2,208 pada bulan Julai 2020, dan menggunakan PGK yang telah lapuk adalah amat bermasalah atas beberapa alasan.
Salah satunya adalah IDEAS percaya bahawa jumlah bantuan kebajikan yang diagihkan adalah berdasarkan PGK lapuk yang tidak membayangkan dengan tepat situasi sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang sedang mengalami kesusahan dan kemiskinan.

Hal ini bermaksud kekurangan jumlah rakyat Malaysia yang sedang bergelut mendapat bantuan mencukupi yang mereka perlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, mengulas: “Kesukaran fiskal semasa yang dihadapi kerajaan bukan satu alasan untuk mengguna pakai PGK yang telah lapuk."
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, mengulas: “Kesukaran fiskal semasa yang dihadapi kerajaan bukan satu alasan untuk mengguna pakai PGK yang telah lapuk."
Sumber kerajaan, terutamanya sewaktu krisis seperti wabak yang melanda dunia ketika ini, perlu mengutamakan keperluan dan kesejahteraan rakyat.
Malah, kerajaan perlu mengutamakan serta menyasarkan komuniti termiskin yang paling terjejas. Namun, kami mengalu-alukan inisiatif kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menilai semula PGK pada tahun 2022 berdasarkan keadaan pasca wabak.
Kami tekankan keperluan untuk melakukan penilaian semula PGK secara berkala untuk mencerminkan harga semasa.”
IDEAS telah menekankan bahawa keputusan penting sebegini perlu dilakukan dengan penuh ketelusan dan pertanggungjawaban, serta kerajaan tidak seharusnya secara bersendirian mengambil keputusan untuk mengguna pakai metrik lapuk tanpa melakukan perundingan dengan pakar kemiskinan dan ahli akademik.

Tambahan pula, tanpa ketelusan terhadap cara keputusan tersebut diambil, tiada pihak luar yang mampu mempertanggungjawabkan kerajaan atas keputusan tersebut disebabkan ia telah pun dilaksanakan.
Yeoh menegaskan, “Pendedahan oleh pihak kerajaan ini akan hanya menambahkan lagi hakisan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk memimpin Malaysia keluar daripada bencana wabak ini, serta menjejaskan pertanggungjawaban demokrasi pada ketika kita sangat memerlukannya.

"Kerajaan berkewajiban untuk mengguna pakai PGK baharu supaya dapat memastikan dasar kebajikan kerajaan mempunyai impak maksimum.”
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published