Oleh CAGED


KUALA LUMPUR (Mac 2)--CAGED percaya bahawa badan penguatkuasaan polis yang baik adalah penting untuk menjamin ketenteraman masyarakat. Namun begitu, CAGED turut sedar bahawa tangunggjawab ini bukan mudah.

CAGED ingin mengucapkan terima kasih terhadap individu-individu yang telah berkhidmat dan telah melaksanakan tugas mereka dengan penuh integriti yang memberi hormat kepada lencana PDRM.

CAGED ingin jasa pegawai dan anggota PDRM diberikan penghormatan kerana melaksanakan tugas mereka setiap hari dengan penuh amanah meskipun terpaksa mengorbankan masa terluang dengan keluarga dan kadang-kadang merisikokan kesihatan mereka.

Dengan ini, CAGED telah memulakan inisiatif untuk mengumpul dan berkongsi cerita tentang pengalaman baik yang telah dialami oleh netizen atau masyarakat dengan pihak polis. Anggota polis yang telah memberikan layanan yang baik terhadap masyarakat sememangnya berhak untuk dihargai.

Walhal begitu, CAGED juga sedar dan tidak memandang remeh tentang isu-isu berkaitan pihak polis. Seperti peribahasa yang berbunyi, “kerana nila setitik rosak susu sebelangga,” nama baik badan penguatkuasaan polis tidak boleh dijaga dengan berkongsi pengalaman baik semata-mata.

Sebarang penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan selama ini haruslah diberikan tindakan yang keras. Ketua-ketua PDRM dan pihak kerajaan memegang tanggungjawab untuk memperbaiki masalah-masalah ini. Prinsip keadilan haruslah sentiasa ditegakkan.

Dengan ini, CAGED akan terus meningkatkan kesederan tentang isu penyalagunaan kuasa pihak polis dan akan tetap menuntut tindakan untuk dilakukan.