Oleh Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR, Malaysia--Berita sensasi, tafsiran yang memanas, tajuk yang melaga, huraian yang memecah.
Ini lumrah politik masakini. Pihak yang berkepentingan melihat UMNO lemah, semakin giat menyebarkan maklumat yang palsu, atau sengaja ditokok tambah sehingga mengundang spekulasi dengan harapan ia membawa kepada percakaran antara individu atau kelompok dalam UMNO.
Mutakhir ini, ada portal yang begitu giat dalam jangka masa beberapa hari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang seakan cuba mencapai matlamat diatas.
Saya hendak respon beberapa dakwaan khusus seperti lampiran tertera:
1. Presiden tidak pernah bangun meninggalkan mesyuarat MKT, apatah dalam keadaan marah. Saya sudah menyaksikan berkali-kali, Presiden sentiasa terbuka dan tenang mendengar pelbagai pandangan dalam mesyuarat - termasuk pandangan yang mungkin tidak sepenuhnya selari dengan beliau. Jadi tak timbul beliau akan sekali-kali bangun marah meninggalkan mesyuarat.
2. Keduanya, naratif cadangan PRU awal "ditolak" membawa kepada Presiden bangun meninggalkan mesyuarat itu pun tidak logik kerana isu tidak pun dibincangkan seperti itu sehingga ada soal tolak atau terima. Sebaliknya, di peringkat MKT, kepercayaan diberikan kepada kepimpinan tertinggi parti terutamanya Presiden, Timbalan dan ketiga-tiga Naib untuk mencari kesepakatan dalam hal-hal ini tanpa perlu menghebahkan kepada umum. Sepertimana Presiden pernah berkata dalam ucapan terbuka, "jika semua strategi parti diumumkan, maka ia bukan lagi strategi".
3. Soal ada usul dari sayap atau bahagian kononnya mempermain PM atau mencerminkan agenda tersirat - itu suatu dakwaan berat tanpa asas.
Maka percayalah kepada kemampuan kepimpinan tertinggi untuk mencari titik pertemuan antara pelbagai pertimbangan, agar mencapai destinasi yang sama - UMNO kuat, menang, membawa Kestabilan Demi Kemakmuran.
Pertama, setiap bahagian berhak membawa usul dan cadangan demi kepentingan parti. Usul dan cadangannya berbeza dan adakalanya mungkin bercanggah antara satu bahagian dengan bahagian lain. Itulah hak akar umbi dan kepimpinan di setiap bahagian, kerana semuanya ada sudut pandang sendiri tetapi berkongsi matlamat mahu melihat parti menang. Akhirnya, setelah mengambil kira suara di peringkat bahagian, apa-apa keputusan besar akan diputuskan di MKT atau di PAU.
Kedua, dalam tempoh persidangan bahagian-bahagian masih berlangsung, mana mungkin mengesahkan suatu kesimpulan menyeluruh tentang usul atau cadangan utama yang diutarakan. Apatah lagi, kita sedia maklum kadang-kala tempoh menghantar dokumen setelah persidangan juga mengambil masa panjang.
Ketiga, sepertimana yang dihurai tadi, tidak perlu ambil tafsiran sensasi yang cuba dijaja oleh pihak dan portal tertentu berkenaan sesuatu usul atau cadangan. Seolah-olah jika usul A, maka ia serangan kepada Presiden. Atau jika usul B, seolah-olah ia serangan kepada PM. Sedangkan, bagi mereka yang hatinya ikhlas, usul bukan apa-apa serangan atau mainan politik tetapi ialah suara ahli yang mahu perkara terbaik untuk parti.
Maka, pada hari dimana Mesyuarat-mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian berlangsung, kita wajar menggagalkan percubaan memecahkan kita. Bertaubatlah kembali kepada agenda penyatuan dalaman parti. Elakkanlah melabel dan melontar tuduhan tanpa usul periksa.
Presiden tidak pernah bangun meninggalkan mesyuarat MKT. Tiada pergaduhan dalam mesyuarat MKT, malah baru-baru ini berlangsung dengan mesra dan tenang. Presiden dan Perdana Menteri kerap berjumpa dan berbincang, termasuk di luar Mesyuarat MKT. Timbalan Presiden juga terbabit dalam pelbagai perbincangan dan diberi kepercayaan memimpin jentera pilihanraya - antara tugas paling penting dalam mana-mana parti.
Tiada kluster Putrajaya atau kluster PWTC. Yang ada hanya Kluster UMNO yang mahu memimpin negara yang stabil untuk kejayaan bersama Keluarga Malaysia.
Hot news
Musim Persidangan Musim Penyatuan Bukan Musim Perpecahan
0 Comments
63718 view
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published