Oleh Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR, Malaysia--Itu kenyataan Ketua Penerangan PAS. Jangan buang masa. Kita tahu, PAS tetap pilih PN. PN adalah survival politik PAS.

Cuma PAS tidak jangka, Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.

UMNO pula sudah buat keputusan muktamad di PAU 2020. Tiada kerjasama dengan PPBM. Itu bermakna UMNO tolak PN. UMNO kekal pertahankan MN.

Sepatutnya PAS sudah lama buat keputusan. Kenapa PAS mahu buat pertimbangan ketika pilihanraya makin dekat? Sudah tentu ia akan jadi pertimbangan politik.

Kelahiran PN bukan kerana prinsip ummah atau perpaduan Melayu. Ia lahir kerana Sheraton move.

Target seterusnya ialah untuk bunuh UMNO. Warna dan nama PN pun hampir sama  dengan BN. Ada niat jahat.

Sebenarnya PAS sudah buat keputusan. Di PRN Melaka, PAS pilih PN bukan MN. PAS sudah tolak UMNO. Maka jangan buang masa.

UMNO jalan terus walaupun terpaksa solo.