Source Tree Light

Pada 13 Jun 2021 yang lalu telah dijalankan satu aktiviti media melalui Webinar anjuran Tree Light Studio (TLS).
 
Forum Diskusi dan perkongsian yang telah diadakan secara langsung ini bertajuk "Memahami Hukum Alam: Bersediakah Anda?" di platform ZOOM meeting.

Webinar ini berjaya menarik tumpuan peserta yang dianggarkan seramai 300 orang yang dihebahkan dalam skala kecil.

Aktiviti ini juga adalah inisiatif yang julung kali diadakan oleh pengasas Tree Light Studio bagi menjentik pemikiran masyarakat di luar secara umum dengan esensi dari kitab petunjuk seluruh umat manusia.

Acara yang berdurasi 2 jam itu telah dihoskan oleh Tree Light Studio dan Panelis Jemputannya adalah Encik Zaidi Salleh.

Antara isi yang disampaikan adalah mengenai perihal manusia dan bicara alam dengan berpandukan kepada kitab Al-Quran yang dirahmati.
 
Panelis merupakan seorang yang aktif dalam beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mana matlamat utamanya adalah untuk turut serta dan menolong dalam memberi khidmat kemasyarakatan kepada masyarakat-masyarakat di luar sana.

Panelis juga adalah seorang pengarang buku berjudul "Mencari Hidup Belajar Dari Alam" yang juga bukunya telah diterbitkan oleh Tree Light Studio sendiri. Buku kecil tetapi sarat dengan informasi-informasi kritikal yang dapat menghidupkan pembacanya.

Dari satu sudut pandang, beliau melihat keadaan semasa yang memperlihatkan sistem pendidikan yang mementingkan akademik tetapi cetek dalam "ilmu hidup".

Selari dengan perkembangan teknologi dan ketika dihimpit di era pandemik ini, webinar ini adalah idea yang paling jitu untuk menggerakkan informasi tentang isu-isu yang terjadi di dunia hari ini.

Menaruh keyakinan sepenuhnya bahawa suara semangat ini dapat didengari oleh masyarakat dengan hanya melihat di layar skrin masing-masing.

Yakin bahawa setiap satu jiwa pasti setidak-tidaknya tahu menggunakan teknologi yang sedia ada yakni mempunyai telefon pintar dan jaringan Internet.

"Kami sedar bahawa banyak kekurangan dari segi penyampaian dan teknikal. Kami akan cuba perbaiki dan melakukan penambahbaikkan di masa hadapan kelak", yang dipetik dari sesi temuramah selepas selesai webinar tersebut.

Tree Light Studio (TLS) juga sedang dalam perancangan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini lagi di waktu terdekat secara percuma dan akan dibuka kepada khalayak ramai yang ada di platform media sosial khususnya.

*The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of INS.*