Oleh Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR, Malaysia--Sebentar tadi, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung UMNO bahawa permohonan bagi meminda Perlembagaan UMNO telah diluluskan.
Ini bermaksud bahawa UMNO perlu mengadakan pemilihan parti tidak lewat daripada 6 bulan SELEPAS pilihanraya umum berlangsung.
Tiada tanda soal lagi yang mana akan datang dahulu. Tumpuan utama parti sekarang ini adalah untuk menghadapi PRU15.
Seperti yang diputuskan oleh PAU2021, dan diperkuat dengan pengumuman hari ini: pemilihan lepas PRU. Tarikh PRU top 5 bincang, bawa ke MKT, kemudian kita masuk gelanggang. Kini masanya kita henti adu domba antara satu sama lain.
Tidak perlu gaduh, atau syak wasangka, jauh sekali menuduh sensasi pemimpin UMNO cuba mensabotaj mana-mana ketetapan parti sendiri. Walau apa pun desas-desus di luar sana, akhirnya kita ukur melalui hasilnya: ketetapan parti diangkat dan diutamakan.
Sekarang masa untuk semua figura UMNO menjadi penyatu. Pemilihan pasti selepas PRU - maka tambah kuat lagi bahawa tiada sebab untuk menjadi selain dari penyatu menjelang PRU ini. Dikala parti kita di ambang kemenangan, kita pilih kesepakatan untuk meyakinkan rakyat memilih kestabilan.

0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published