KUALA LUMPUR, Malaysia--Sistem Demokrasi Berparlimen terganggu gugat dan semakin hilang kredibiliti di perkotak katik dek Kerajaan Derhaka Mahiaddin Yassin.

Pada hari sama DYMM YDP Agung menegur Mahiaddin, kita menyaksikan beberapa penangguhan sidang Parlimen, dengan salah satu sebab kononnya Parlimen lokasi risiko tinggi bagi wabak Covid.

Peliknya, rumah Mahiaddin di mana mereka mereka berkumpul bagi berkomplot, tidak pula dikira lokasi risiko tinggi Covid!

Mungkin juga vaksin berkesan melawan Covid adalah dengan melanggar setiap SOP hanya bagi tujuan politik.

Sememangnya sah dan nyata, Mahiaddin dan seluruh kabinet mesti meletakkan jawatan di tengah kekalutan ini.

Menteri-menteri yang mewakili parti UMNO juga turut bersubahat dalam keputusan ini, lebih-lebih lagi melalui tindakan tidak mendapatkan persepakatan dengan pucuk pimpinan parti akan keputusan-keputusan penting.

Sebaliknya mereka secara persendirian menyokong keputusan yang bercanggah dengan Perlembagaan dan mengenepikan hak DYMM YDP Agung bagi memastikan proses demokrasi berjalan seperti yang termaktub.

Semua ahli kabinet ini layak dipecat dan dituduh derhaka kepada Raja dan Negara.

Ianya bukan soal parti politik lagi kerana keseluruhan Jemaah Menteri bersubahat dalam mensubversifkan sistem demokrasi negara dengan menderhaka kepada Raja-raja yang memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan.