Oleh Ramli Mohd Nor
CAMERON HIGHLANDS, Malaysia--Gagal menjaga kepentingan dan kesejahteraan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia sebagaimana termaktub dalam perkara 8(5)c Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara keseluruhanya (total).
Ini jelas kita lihat melalui dasar dasar Kerajaan PN:
Tiada pelan pembangunan strategik dan hala tuju bagi membangunkan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia bagi menyelesai masalah Pendidikan, Infra- Struktur Asas (jalan kampung, air bersih, elektrik, sekolah, klinik kesihatan dll.) Ekonomi, Pembangunan Tenaga Manusia, Penyelesaian Isu Sosial dan Tanah Orang Asli. Baik jangka pendek 5 tahun ke hadapan atau jangka panjang;
Tidak melaksanakan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pembangunan Ekonomi Orang Asli (PKPEOA), sebagaimana model Majlis Amanah Rakyat (MARA) khusus untuk membangun EKONOMI Masyarakat Orang Asli walaupun bersetuju pada dasarnya semasa ketetapan Konvensyen Majlis Perundingan Melayu (MPM) oleh PM pada 01 Okt 2020, ia pun disetujui juga oleh Menteri Ekonomi dan EPU di peringkat Kementerian (JPM).
Ini jelas berlaku apabila di mesyuarat penyelarasan pelaksanaan peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai pemegang taruk pelaksana dasar berkaitan Masyarakat Orang Asli pepegawai Kerajaan kementerian secara jelas menolak cadangan penubuhan tersebut dengan alasan ia akan menambah beban kewangan dan perjawatan kerajaan serta tidak wajar walaupun telah dipersetujui oleh PM, Menteri dan EPU.
Persoalan timbul PM, Menteri atau Little Napolean yang akan menentu dasar pembangunan Masyarakat Orang Asli Malaysia?
Kerajaan GAGAL melantik Ketua Pengarah JAKOA dari kalangan Masyarakat Orang Asli Semenanjung walau dasar tersebut telah dipersetujui serta dibiar kosong melebihi 6 bulan oleh sebab pengaruh LITTLE NAPOLEAN penjawat awam dalam kementerian.
Tiada representasi Masyarakat Orang Asli di dalam kabinet yang TIDAK melambang Keprihatinan kerajaan kepada Masyarakat Orang Asli Semenanjung.
Adalah jelas pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan terhadap Masyarakat Orang Asli Semenanjung adalah lebih amat baik zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN)/ UMNO berbanding pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sekadar memberi 'JANJI MANIS' @ ' LIP SERVICE' sahaja kepada Masyarakat Orang Asli.
Dengan sedemikian, saya sebagai Ahli Parlimen Orang Asli tunggal, selepas 64 tahun negara merdeka menyaran dan menyeru Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia, agar semasa PRU 15 akan datang memilih kembali Barisan Nasional (BN)/ UMNO kerana telah terbukti ia adalah pilihan terbaik berbanding PH dan PN yang kita boleh lihat hanya menumpu lebih kepada politik memperkukuh kesinambungan kedudukan POLITIK dan kepentingan mereka dari menjaga kepentingan dan kesejahteraan Masyarakat Orang Asli sebagaimana termaktub dalam perkara 8(5)c Perlembagaan Malaysia.

0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published