Hot news
PM setuju laksana reformasi kerana terdesak
0 Comments
58977 view
*Ucapan Perbahasan RMK12 Di Dewan Rakyat Sept. 30*
KUALA LUMPUR, Malaysia--Terima Kasih Tuan Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahasakan RMK12 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Isnin 27 Sept 2021.
Tuan Yang Dipertua selaku Ketua Parti dan oleh kerana saya ada 15 Perkara untuk disentuh maka saya mohon berbahas selama 15 minit.
Sejak daripada RMK1 sehingga ke RMK12, perangan pertama dalam mukadimah dokumen Rancangan-rancangan Malaysia tersebut telah meletakkan “Perpaduan” sebagai objektif utama dan penting.
Dalam dokumen RMK12 perkataan inklusif telah digunakan. Walaupun dokumen-dokumen Rancangan Malaysia sebelum ini telah menggunakan perkataan yang lain seperti “perpaduan”, “bersatupadu” dan sebagainya namun tujuannya adalah sama iaitu mencapai perpaduan nasional.
Namun setelah 11 Rancangan Malaysia dilaksanakan, perpaduan masyarakat serta perpaduan nasional di Malaysia bukan pula bertambah baik sebaliknya bertambah buruk. Kalau dulu tidak kedengaran suara suara seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), hari sudah ada parti politik yang menjadikan agenda keluar Malaysia sebagai agenda perjuangan mereka. Kenapa semua ini berlaku? Apa sudah yang terjadi setelah 58 tahun pembentukan Malaysia dan setelah 11 RMK dilaksanakan?
Kesemua Rancangan Malaysia tersebut cantik-cantik diatas kertas tapi apabila sampai proses pelaksanaannya tiba-tiba dibangkitkan dasar2 dan program anti perpaduan dan anti inklusiviti seperti Pekeliling 1982 yang menghalang kaum tertentu daripada menggunakan beberapa kalimah ataupun perkataan; tiba-tiba Program “Digital MARA” ekoran daripada insiden “Low Yat” dilaksanakan; dan sekarang Dasar 51 peratus Bumiputera dalam sektor logistik dan penghantaran mau dì laksanakan.
Saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri apakah Dasar 51% yang di cadangkan itu terkandung dalam RMK11? Pada Tuaran jawabannya tidak ada? Justru kenapa tiba-tiba dibangkitkan sekarang? Apakah ini disebabkan adanya agenda politik!
Apakah sengaja mahu bangkitkan sentimen kaum? Bukankah ini anti-perpaduan? Bukankah ini anti-inklusiviti? Apakah dasar ini membantu mencapai objektif RMK12? Tuaran minta jawapan daripada Menteri EPU, Menteri Kewangan dan Menteri Perpaduan Negara dalam perkara ini.
Di sesetengah negara seperti Singapura, tidak ada Kementerian Perpaduan Negara sebaliknya pelbagai cabaran perpaduan ditangani melalui pelaksanaan dasar, program dan projek oleh setiap kementerian.
Di sesetengah negara seperti Singapura, tidak ada Kementerian Perpaduan Negara sebaliknya pelbagai cabaran perpaduan ditangani melalui pelaksanaan dasar, program dan projek oleh setiap kementerian.
Dan bermula daripada Perdana Menteri semua Menteri bercakap pasal perpaduan, kemakmuran dan inklusiviti. Pendekatan seperti itu bukan saja berjaya menjimatkan kos pembangunan tetapi juga sangat berkesan mencapai objektif perpaduan nasional.
Oleh itu Tuaran mencadangkan supaya diwujudkan unit perpaduan di setiap kementerian seiring dengan Unit Penyertaan Bumiputera di setiap Kementerian. Tapi Tuaran mintalah agar Unit Penyertaan Bumiputera tersebut supaya dinamakan semula sebagai Unit Bumiputera dan Orang Asal. Ingat!

Orang Asli tidak dimasukkan dalam konsep Bumiputera dan nama-nama seperti Peter Naintin hanya dianggap sebagai Bumiputera Kelas Ketiga. Nama seperti Masidi Manjun dianggap Bumiputera Kelas Kedua. Nama Bumiputera Kelas Pertama ah itu semua orang tau.
Objektif kedua dalam kesemua Rancangan Malaysia ialah “Kemakmuran” dan dalam RMK12 ini ditunjangi pula dengan “Kemakmuran Bersama”. Kunci utama untuk menghasilkan kemakmuran ialah meningkatkan pelaburan terutama sekali pelaburan dalam sektor pembuatan.

Pertanyaan Tuaran kepada Menteri EPU, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah apakah dasar, strategi, dan program dalam RMK12 ini untuk mengatasi setiap penghalang kepada pelaburan dalam sektor pembuatan terutama sekali untuk membawa pelabur FDI ke Taman-Taman perindustrian di Wilayah-Wilayah Tanah Besar Malaysia yang least developed ia itu in the Borneo Territories?
Bagaimanakah masalah logistik dan pengangkutan dapat diatasi? Apakah tindakan untuk mengatasi masalah bekalan air, masalah bekalan elektrik, masalah jalan raya, masalah broadband connectivity dan masalah keselamatan.
Dengan lain perkataan apakah tindakan-tindakan untuk mengurangkan kos untuk melabur di Taman-Taman Perindustrian tersebut.
Bayangkan keadaan dimana perumahan di sekitar kawasan Parlimen Tuaran, Parlimen Sepanggar, Parlimen Penampang, Parlimen Kota Kinabalu dan Parlimen Putatan.
Puluhan taman- taman perumahan seperti Taman Seri Rugading, Taman Telipok Ria, Taman Putrajaya, Bandar Serra dan sebagainya di mana perumahan tersebut berhampiran dengan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) terpaksa dilaksanakan catuan air kerana masalah sumber air sehingga siap sepenuhnya Loji Rawatan Telibong 2 pada tahun 2023.
Di POIC Lahad Datu masih berlaku air dihantar ke kilang-kilang pada waktu tertentu juga kerana masalah Sumber Air. 22 daripada 84 Loji Rawatan Air di Sabah sudah lapuk dan tidak berfungsi sepenuhnya. Non Revenue Water (NRW) di Sabah mencecah 52% tertinggi di Malaysia. Tuaran mau tanya Menteri EPU apa 22 Loji Rawatan Air ini telah diberi peruntukan? Apakah tindakan untuk mengatasi 52 peratus NRW tersebut?
Apakah kerajaan bersungguh-sungguh mengembelingkan segenap tenaga dan kekuatan untuk mengoptimumkan potensi Pelabuhan di POIC Lahad Datu dengan pelabuhannya yang sudah dikenali sebagai the Rotterdam of the East sekaligus untuk memaksimumkan potensi The Lombok-Makassar Straits terutama sekali dengan adanya perpindahan Ibu Kota Indonesia daripada Jakarta ke Kalimantan Timur?
Apakah langkah-langkah untuk mengembelingkan Kekuatan lokasi geografi Sabah yang begitu dekat dengan Negara China malah lokasi geografi Sabah yang terletak dì Tengah-Tengah Brunei Indonesia Malaysia Philippines East Asia Growth Areas (BIMPEAGA).
Tuaran akui Kerajaan Sabah serta juga Dewan Bandaraya, Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah di Sabah memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebab itu, agenda desentralisasi dalam tadbir urus kerajaan sangat kritikal.

Selama ini pemikiran yang mengatakan kerajaan tahu segala-galanya dengan agenda pemusatan kuasa yang keterlaluan di Putrajaya terbukti gagal menyelesaikan banyak masalah dan cabaran pembangunan terutama sekali yang bersifat lokal.
Sebab itulah agenda desentralisasi dalam tadbir urus kerajaan yang melibatkan semua kerajaan-kerajaan Negeri di seluruh negara Tuaran minta supaya dilaksanakan di bawah satu Majlis Bernama Majlis Urus Tadbir Persekutuan- Negeri dan Desentralisasi .

Khusus untuk Wilayah Tanah Besar Malaysia yakni the Borneo Territories Tuaran mencadangkan supaya Intergovernmental Committee Kedua (IGC 2.0) perlu diwujudkan dengan segera untuk mengkaji semula terma-terma dalam hal yang melibatkan kuasa Negeri, persekutuan dan senarai bersama seperti mana yang terkandung dalam Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Proses merancang RMK12 Ini bermula sebelum pandemik Covid-19 dan setelah diluluskan oleh Dewan yang Mulia ini nanti akan dilaksanakan dalam keadaan dimana negara kita dan dunia sejagat berada dalam pemulihan ekonomi. Sebab itu RMK12 ini perlu disesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa yang hendaklah dibuat dalam Midterm Review nanti.
Dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan khususnya untuk mencapai sasaran 30 peratus sumbangan sektor pembuatan kepada GDP, Tuaran mencadangkan supaya pihak EPU menubuhkan satu Permanent Secretariat RMK12 dan pegawai-pegawai EPU hendaklah turun padang berbincang dengan pegawai-pegawai yang terlibat langsung dengan Taman-taman perindustrian seperti KKIP sdn Bhd, POIC Sdn Bhd, SOGIP atau SOGDC SDN BHD di Sabah dan juga Pegawai2 di Invest Sabah Sdn Bhd. untuk mendapatkan maklumbalas secara berterusan apakah kekangan-kekangan menarik pelabur FDI ke destinasi-destinasi pelaburan tersebut.

Seiring dengan itu Tuaran mengulangi cadangan supaya Wilayah-Wilayah Tanah Besar Malaysia khususnya Sabah diisytiharkan sebagai the least developed territories dan dengan itu satu pengecualian cukai dalam beberapa perkara diberikan kepada para FDI dalam sektor pembuatan yang melabur disana.
Apapun Tuan Yang Dipertua, RMK12 ini pastinya akan diluluskan oleh Dewan yang Mulia ini hanya kerana adanya Memorandum of Understanding (MOU) diantara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan dan Ahli-ahli Parlimen. Pakatan Harapan dan Ahli-Ahli Parlimen pula memberi sokongan bermula daripada Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja, RMK12 dan juga Bajet 2022 nanti setelah pihak kerajaan bersetuju melaksanakan 18 perkara reformasi bermula sekarang hingga Julai 2022.

Apa yang Tuaran ingin tanya kepada Perdana Menteri ialah kenapakah hanya kerana mau mempertahankan kuasa dan kedudukan baru mau melaksanakan reformasi? Nampaknya di negara kita ini, reformasi hanya dibuat apabila terpaksa bukan rancangan dan keyakinan.
Di Dewan yang Mulia ini semakin ramai yang bercakap tentang jurang pembangunan wilayah di antara Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia hanya kerana mereka memerlukan sokongan dan undi daripada Sabah dan Sarawak.

Dulu kalau ada yang bercakap tentang hak-hak Sabah seperti 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 dilebal sebagai Anti-Federal dan pasti diambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Syukur hari ini di Dewan yang Mulia ini ada sudah yang mencadangkan supaya kerajaan "Pandang Ke Borneo" supaya pembangunan di Wilayah-wilayah Borneo dapat ditingkatkan kepada rakan-rakan yang turut memperjuangkan hak-hak SABAH dan Sarawak Tuaran ucapkan Terima kasih atas keprihatinan tersebut.
Namun pada Tuaran memandang saja ke Borneo tidak cukup. Kerajaan mesti juga Mendengar denyutan nadi rakyat terutama sekali pandangan akar umbi dari wilayah-wilayah Borneo. Sebab itu Desentralisasi dalam tadbir urus Persekutuan Malaysia amatlah penting.

Untuk itu Tuaran mencadangkan supaya salah satu daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telahpun dipersetujui untuk di ditambah dibawah MOU, ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Desentralisasi dan Majlis Urustadbir Persekutuan-Negeri ataupun Special Parliamentary Select Committee on Federal-State Council and Decentralisation.
Melalui Jawatankuasa Khas Parlimen ini kerajaan akan dapat mengambil perspektif Tanah Besar Malaysia untuk membina dan membangun Malaysia yang Makmur, Inklusif dan Mampan.
*Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ialah Presiden United Progressive Kinabalu Organisation*
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published