Oleh Aiman Athirah Al Jundi
Saya telah melihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk persidangan yang akan bermula 26 Julai, esok.
Jelas, persidangan esok dan beberapa hari ke hadapan itu sebenarnya tidak menggambarkan apa yang diharapkan oleh rakyat, kita semua dan khususnya tidak memenuhi hasrat, pandangan dan nasihat KDYMM Tuanku Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu agar Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibentang serta dibahaskan di Dewan-Dewan yang mulia Parlimen Malaysia.
Penolakan beberapa Usul termasuk yang dimajukan Ketua Pembangkang oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan dihantar terlalu awal juga menggambarkan kepada kita ada sesuatu yang sangat tidak kena dalam proses pembukaan Parlimen ini, dan ini sangat tidak wajar berlaku apatah lagi pada saat Malaysia berada di posisi paling getir dalam sejarah ekonomi, sosial dan politik negara.
Parlimen perlu bersidang sepertimana sewajarnya, ada Usul, ada Perbahasan dan akhirnya ada Ketetapan yang dibuat melalui pengundian yang jelas. Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara adalah HAK RAKYAT untuk dibahaskan dan diundi melalui perwakilan-perwakilan rakyat (ahli parlimen) masing-masing yang rakyat pilih dan mandatkan mewakili mereka di Dewan Rakyat.
Adakah kerajaan sedang bertindak membelakangkan sekaligus menghantar mesej angkuh sombong "persetan dengan suara rakyat"?!
Berdasarkan kepada AUM dan temubual Menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Parlimen, Takiyuddin Hassan menyebutkan bahawa dokumen-dokumen itu (Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat) yang akan "diletak di atas meja" sebagai telah memenuhi Perkara 150 (3), dan ini terang lagi bersuluh membuktikan betapa kerajaan usaha melakukan "trick" sangat berniat jahat melemahkan peranan Dewan dan suara Perwakilan-Perwakilan Dewan yang mulia dengan satu persidangan yang merampas nilai sebenar Parlimen bagi sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi.
Ini satu bentuk perampasan hak, merosakkan Demokrasi Berparlimen dan satu usaha menormalisasi pembodohan.
Perlu diingat bahawa Parlimen bukanlah medan untuk memberikan penerangan atau dokumen sehala tanpa dibahas dan diundi bagi menzahirkan ketetapan.
Parlimen adalah institusi demokrasi tertinggi dan tempat di mana dasar dan perundangan negara dibahas tuntas sebelum dikuatkuasakan ke atas rakyat dan negara. Dan peranan Parlimen sebagai institusi semak imbang kini sangat "crucial" pada saat rakyat sedang terbuka menzahirkan krisis kepercayaan terhadap pemerintah dengan mesej jelas mereka dalam #KerajaanGagal.
Teramat malang! Jika dulu di bawah pentadbiran regim BN, mereka telah berjaya menjadikan Dewan Negara hanya berperanan sebagai "rubber stamp", yang kemudian cuba dikembalikan nilai dan martabatnya di bawah pemerintahan PH, rupanya di bawah pentadbiran kerajaan didalangi para pengkhianat ini keadaan berlaku lebih parah. Selain bertindak menggantung Parlimen dan Dun selama lebih daripada enam bulan, PN juga menjadikan Dewan Rakyat sebagai markas mendengar ceramah dan penerangan semata-mata, sambil barangkali mengharapkan agar Ahli-ahli Parlimen dapat bertukar menjadi walaun semuanya!
Ingat, rakyat sedang memerhati dengan lebih dekat dan cermat.
Persidangan Parlimen yang akan bermula esok itu adalah sangat penting dalam menentukan halatuju Malaysia yang kini sedang karam dan tenggelam. Ia masa depan Malaysia dan kita semua!!
Dua petunjuk penting yang perlu dipastikan berlaku dan dilakukan dalam persidangan Parlimen ini (untuk kedua-dua dewan) adalah bahawa Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara mestilah dibahas dan melalui proses pengundian sebagai tanggungjawab besar semua anggota Dewan Rakyat membahaskan tindakan-tindakan kerajaan khususnya selepas menggantung fungsi Parlimen dan Dun dalam menguruskan pandemik Covid-19 yang telah pun membawa pelbagai kesan buruk terhadap ekonomi, nyawa, kesihatan mental, pendidikan dan kesejahteraan hidup rakyat seluruhnya.
Gagal memastikan perbahasan berjalan sepertimana yang sepatutnya bagi menghasilkan keputusan-keputusan dan penambahbaikan-penambahbaikan lebih baik untuk negara, adalah bermakna semua yang menggagalkannya bersedialah untuk dihukum sehabis-habisnya oleh sekalian rakyat jelata, kerana saya menyaksikan rakyat di luar sana sangat derita dan marah.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili INS.
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published