KUALA LUMPUR, Malaysia--Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengalu-alukan kenyataan bersama antara Perdana Menteri dan Pemimpin-Pemimpin Pembangkang yang bertujuan meredakan suhu politik negara serta mencari titik persamaan bagi membawa negara ini keluar daripada pandemik COVID-19.
Hot news
Muktamadkan Segera Perjanjian Pembekalan dan Keyakinan Antara Kerajaan dan Pembangkang
0 Comments
78733 view
KUALA LUMPUR, Malaysia--Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengalu-alukan kenyataan bersama antara Perdana Menteri dan Pemimpin-Pemimpin Pembangkang yang bertujuan meredakan suhu politik negara serta mencari titik persamaan bagi membawa negara ini keluar daripada pandemik COVID-19.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) YB Mohamad bin Sabu dan Setiausaha Agung DAP YB Lim Guan Eng.
Di dalam kenyataan bersama tersebut, pemimpin-pemimpin pembangkang dan PM telah bersetuju untuk mencapai kerjasama bagi memperkasa fungsi Parlimen, kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik untuk memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat.
BERSIH 2.0 memuji langkah yang dimulakan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk kembali memfokuskan tenaga untuk memerangi pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi negara dan menggerakkan penambahbaikan institusi demi kestabilan politik.

Persefahaman dan persetujuan yang dicapai ini perlu segera dibincangkan dengan lebih mendalam dan dimuktamadkan dengan menandatangani perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) serta diumumkan secara bersama kepada orang ramai bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban terma yang dipersetujui. Garis masa untuk pelaksanaan reformasi-reformasi ini juga perlu dirangka.
Perdana Menteri juga perlu menjemput parti-parti lain dan ahli parlimen bebas dalam pembangkang untuk membincangkan titik persamaan, serta memeterai persetujuan di antara parti-parti yang menyokong beliau. Ini penting untuk menjamin kestabilan politik dan memberikan makna serta pengisian kepada slogan “Keluarga Malaysia” oleh beliau.
Di kesempatan ini, BERSIH 2.0 sekali lagi ingin ajukan cadangan kepada kerajaan dan pembangkang 10 perkara yang boleh dilaksanakan bagi mencapai kestabilan politik, reformasi institusi dan tatakelola yang lebih baik serta inklusif.
10-Perkara Pelan Perdamaian Rentas Parti:
1. Majlis Persekutuan-Negeri berkenaan Kesihatan dan Ekonomi dengan wakil daripada Kerajaan Persekutuan, Pembangkang Persekutuan dan 13 Kerajaan Negeri, dibantu oleh pakar dalam perkhidmatan awam dan masyarakat madani.
2. Had penggal perdana menteri.
3. Panduan kabinet yang melengkapkan Perlembagaan Persekutuan
4. Pembaharuan parlimen untuk memperkasakan peranan Parlimen.
5. Pembaharuan Jabatan Peguam Negara, SPRM dan LHDN untuk tamatkan pendakwaan terpilih dan konflik kepentingan
6. Pelaksanaan segera UNDI18, Daftar Pemilih Automatik, peluasan undi tidak hadir kepada pengundi di luar kawasan.
7. Penggubalan Akta Pembiayaan Politik
8. Pendaftaran dan penyeliaan parti politik di bawah SPR berbanding ROS.
9. Asas-asas yang perlu dibina untuk memastikan pembaharuan jangka pendek seperti:
a. Akta Pecat Ahli Parlimen untuk semua ahli parlimen yang dipilih bawah sistem FPTP
b. Pengenalan kerusi parlimen Perwakilan Berkadaran Senarai Tertutup (PBST) dengan fasal anti lompat dan kuota jantina, dan
c. Penyusunan semula Suruhanjaya Pilihan Raya
10. Akta Penggal Tetap Parlimen.

LEAVE A REPLY
Your email address will not be published