By Tree Light

KUALA LUMPUR, Malaysia--Pada tanggal 26 Disember 1991, kira-kira 29 tahun yang lalu, telah menandakan suatu peristiwa yang besar dan bersejarah dalam lipatan ketamadunan manusia moden. Hasil dari pembubaran Kesatuan Soviet ini telah memerdekakan lebih kurang 15 buah republik di bawah penguasaannya. Ia juga menandakan sebuah penamat kepada episod Perang Dingin antara Blok Timur dan Blok Barat.

Pemerintahan Kesatuan Soviet ini atau lebih dikenali dengan nama USSR (Union of Soviet Socialist Republic) telah bertahan selama 71 tahun. Kerajaan USSR ini adalah merupakan sebuah pemerintahan yang berkonsepkan satu penguasaan pemerintah atau ‘one-party-rule’, yang mana ianya mengawal kesemua aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya yang mana pemerintahannya telah menggantikan kekuasaan Empayar Rusia yang telah dihapuskannya.

‘The Great Terror’ adalah suatu kempen pemerintahan kejam yang telah dijalankan ketika di era pemerintahan Joseph Stalin. Pemerintahan Stalin menggunakan penindasan terhadap para petani, penghapusan kaum etnik, menghapuskan Parti Komunis, menjatuhkan hukum kepada orang awam dan pegawai kerajaan sewenang-wenangnya dan sebagainya yang jauh lebih kejam dari pemimpin terdahulunya iaitu Vladimir Lenin. Selain itu Stalin juga menggunakan kuasanya untuk memaksa pertumbuhan perindustrian serta agrikultur secara kolektif dan besar-besaran, selain daripada memfokuskan kepada industri berat dan ketenteraan.

Syarikat-syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas mengakibatkan rakyatnya hidup dalam sengsara dan penderitaan. Jutaan rakyatnya telah dibunuh, ditahan dan dibiarkan mati dalam keadaan kebuluran.

Bencana kelaparan di tanah Rusia ini adalah peristiwa umum dan sering kali terjadi setiap 10 hingga 13 tahun manakala masalah kekeringan setiap 5 hingga 7 tahun. Kebiasaannya akan timbul krisis kemanusiaan akibat ketidakstabilan politik atau ekonomi, kebijakan yang rendah, dan masalah lingkungan hidup dan perang.

Sejak dari abad ke-11 lagi telah dicatatkan berlakunya bencana kelaparan. Dalam Tawarikh Nikonian, yang ditulis di antara tahun 1127 hingga 1303 masihi ada mencatatkan bahawa tidak kurang daripada 11 kali telah berlaku tahun yang mencatatkan bencana kebuluran dan kemarau panjang.

Bencana Kelaparan Besar pada tahun 1315 hingga 1317 masihi telah memberikan kesan yang besar terhadap sebahagian besar negara-negara Eropah dan Rusia serta negara-negara Baltik yang berhampiran. Mengikut catatan yang telah ditulis, iaitu pada sekitar tahun 1601 sehingga 1603 masihi, sebanyak satu pertiga (1/3) populasi masyarakat di benua Eropah telah terkorban iaitu sekitar lebih kurang 2 juta orang akibat daripada masalah kebuluran ini.

Sebelum tahun 1900, iaitu pada tahun 1891 hingga 1892 masihi, telah dicatatkan bahawa bencana kebuluran ini telah mengorbankan sekitar tiga ratus tujuh puluh lima ribu (375,000) sehingga lima ratus ribu (500,000) nyawa telah terkorban. Antara sebab terbesar adalah kerana kegagalan kegiatan bercucuk tanam, pemerintah yang gagal berkontribusi dan ketidakstabilan politik.

Kejatuhan Kesatuan Soviet telah memperlihatkan masalah tentang kelaparan dan kebuluran rakyatnya serta kejatuhan kegiatan agrikultur yang begitu jarang dikaji sejarahnya. Pada era moden ini juga masalah kekeringan sering kali berulang iaitu antara bulan Julai 2010 hingga tahun 2015. Pengeluaran gandum sebagai bahan ruji utama makanan telah jatuh sehingga dua puluh peratus (20%) di Rusia sahaja. Kerajaannya kemudian telah memperkenalkan larangan sementara terhadap eksport bahan ruji bagi mengawal pengeluaran makanan utama mereka.