Hot news
Tamatkan Sindrom Gila Kuasa Dengan Reformasi Institusi
0 Comments
59585 view
KUALA LUMPUR, Malaysia--Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa rakyat Malaysia untuk mendesak ahli politik supaya mengamalkan politik demokrasi yang matang dan sihat untuk masa depan negara yang lebih cerah.
Berikutan tragedi Langkah Sheraton yang meranapkan demokrasi dan mendedahkan kelompangan sistem politik dan institusi negara, rakyat perlu terus mendesak agar gejala gila kuasa ini ditamatkan dengan segera melalui pembaharuan sistem politik dan institusi kita.
Suhu politik negara yang kian stabil tiba-tiba digemparkan dengan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka terhadap Ketua Menteri (KM) mereka sehingga menyebabkan DUN Melaka terbubar dan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah bukti yang jelas bahawa kita memerlukan sistem yang kukuh untuk menangani sindrom gila kuasa dalam kalangan wakil rakyat dan ahli politik.
Penarikan sokongan empat ADUN tersebut menunjukkan bahawa kesan Langkah Sheraton masih berlanjutan disebabkan kita tidak mempunyai undang-undang yang berkesan untuk mencegah gejala tersebut daripada terus berlaku.

Langkah Sheraton ini dimungkinkan akibat daripada masalah sistemik dalam sistem politik dan institusi kita dan ia memerlukan penyelesaian yang bersifat sistemik.
BERSIH 2.0 berpendirian bahawa sekiranya DUN telah dibubarkan, pilihan raya perlu dijalankan. Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa pilihan raya tidak wajar dihalang dengan menggunakan Darurat kerana ia akan menetapkan duluan yang tidak sihat kepada politik negara dengan membenarkan kerajaan boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan darurat sekiranya selari dengan kepentingan politik mereka.
BERSIH 2.0 merakamkan kekhuatiran mendalam dengan ura-ura bahawa Darurat akan dimasyhurkan di Melaka selepas pembubaran DUN supaya UMNO bukan sahaja dapat terus menguasai tampuk kerajaan negeri Melaka, malah mungkin dapat meluluskan belanjawan 2022 tanpa pengawalan dan pemantauan DUN.

Kami berharap keputusan TYT Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN tidak dibuat dengan pertimbangan tersebut yang akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap demokrasi berparlimen malah monarki berperlembagaan.
Namun begitu, BERSIH 2.0 menolak pandangan bahawa pilihan raya sama ada untuk satu kawasan (pilihan raya kecil), negeri kecil, negeri besar dan Persekutuan sesuai diadakan sekarang.

PRN boleh dilakukan untuk Melaka tidak bermaksud PRU dan PRN untuk negeri-negeri yang besar juga sesuai dijalankan dan sebaliknya.
Untuk PRN yang dijangka akan berlaku, BERSIH 2.0 mendesak perkara berikut untuk dimasukkan oleh parti-parti politik ke dalam manifesto pilihan raya untuk memperkasakan institusi, sekaligus mengelakkan tragedi seperti Langkah Sheraton berlaku berulang kali:
1. Menggubal Enakmen Pecat ADUN untuk memberi kuasa kepada rakyat memecat ADUN kaki lompat parti atau parti-parti yang terus-menerus berubah gabungan.
2. Meminda perlembagaan negeri untuk memperkenalkan:

(i) Undi percaya kepada Ketua Menteri baharu di hari pertama sidang DUN
(ii) Undi tidak percaya secara konstruktif - iaitu Ketua Menteri hanya boleh dijatuhkan apabila calon Ketua Menteri baru yang mendapat majoriti sudah wujud - untuk memastikan kestabilan politik
3. Menggubal undang-undang untuk menyalurkan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) yang adil dan saksama kepada semua ADUN
BERSIH 2.0 berpandangan perkara-perkara yang dicadangkan ini adalah antara perkara utama yang menyebabkan ahli-ahli politik bebas melompat parti atau parti menukar gabungan tanpa mempedulikan kesusahan rakyat di bawah.

Rakyat perlu menghukum parti politik dan wakil rakyat yang masih menghidap sindrom Sheraton dan enggan menamatkan pergolakan politik ini hanya kerana ingin memenuhi perut sendiri.
Rakyat bukan sahaja perlu menghukum kepimpinan parti politik di peringkat negeri malah wajib menghukum "abang besar" mereka di peringkat nasional kerana merestui - sekalipun mungkin secara senyap - perbuatan keji untuk merebut atau mengekalkan kuasa dengan selok belok yang keji dan bukan mengikut lunas demokrasi yang matang dan mapan.

LEAVE A REPLY
Your email address will not be published